Saturday, October 11, 2008



Terima Akalkah Datuk Shah Rukh Khan?
Ada satu kalimat yang orang Melaka akan guna kadang-kala bila sesuai pada tempatnya:Lahabau!


MELAKA 10 Okt. - Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok.Dengan penganugerahan darjah DMSM itu, Shah Rukh Khan akan bergelar Datuk.- Utusan.

Thursday, October 2, 2008

Ghairah dan ghurur dalam politik
Satu artikel yang menarik untuk kita menghimbau kembali kegagalan dan kejayaan Pas Kedah yang selayaknya dijadikan iktibar . Sangat tertarik dengan ayat terakhir penulisan ini iaitu, “Harga bagi PAS ialah Islamnya”



Oleh Zulkifli Yahaya
Berbekalkan kemenangan 12 kerusi Dun pada pilihan raya umum 1999, PAS merasai mendapat kekuatan luar biasa di negeri Kedah.
Jabatan Pilihan Raya Negeri kemudian merancang satuagenda lebih besar iaitu melancarkan Tahun Tawan Kedah 2003.
Ia diperbaharui pada tahun 2004 apabila pilihan raya tidak diadakan pada tahun 2003. Misinya digahkan dalam slogan yang dicanangkan ke seluruh negeri.
Selepas kalah teruk pada pilihan raya umum 2004, masing-masing baru menyedari bahawa keghairahan mencanangkan misi dan visi adalah satu kesilapan dalam berdepan dengan BN yangmasih berkuasa.
Kuasa dan BN hampir sinonim. Macam nyawa dan badan. Takutnya BN padakehilangan kuasa macam takutnya manusia hilang nyawa.
Ancaman ‘Tahun Tawan Kedah 2004′ benar-benar menggoncang tangkai jantung BN, lantas pelbagaiagenda dilaksanakan bagi menggagalkan hasrat PAS. Sementelahan mereka ada kuasa dan wang. By crook or by hook BN mesti terus berkuasa.
Tabiat manusia, apabila terlalu ghairah maka tindakan yang diambil mengetepikan kerasionalan. Mereka lupa antara strategi yang perlu disembunyikan dan perkara yang wajar didedahkan.
Kesilapan seperti ini juga pernah berlaku pada BN. Pilihan raya kecil Lunas 2001, Ketua Pemuda BN mengumumkan strategi mereka untuk memenangkan calon BN.
Dato’ Seri Hishamudin Tun Hussein menjelaskan bahawa jentera Pemuda BN akan turun menemui setiap orang pengundi muda bagi menyampaikan mesej mereka.
Kelakarnya, selepas membuat pengumuman tersebut Hishamudin cabut ke luar negeri untuk bercuti.
Pihak lawan yang mendengar strategi BN itu lalu mengambil langkah mengatasinya. Barisan Alternatif (waktu itu) mengatur tindak balas dengan ‘turut’ menemui setiap orang pengundi muda bagi menyampaikan mesej.
Walhal BN yang mendedahkan strategi tadi, tidak pun melakukan seperti yang diumumkan. Keputusannya BN kalah.
Pilihan raya kecil Pendang/Anak Bukit adalah iktibar anugerah Allah yang paling baik untukdikenang oleh pejuang Islam khususnya.
PAS meletakkan harapan 50-50 untuk menang di AnakBukit selepas melihat saingan sengit dibuat oleh BN di situ. Selepas ikhtiar, pergantungan selebihnya adalah terhadap Allah SWT.
Di Pendang, ada yang sudah menjentik kerongkong menghitung majoriti yang bakal diperolehi oleh PAS.
Hasilnya, PAS menang di Anak Bukit dan tewas di Pendang dengan majoriti 283 undi. Sekali lagi tabiat manusia memperlihatkan bahawa kita tawaduk bila merasa diri tidak terlalu kuat lalu mengalih pergantungan kepada Allah dan menjadi ghurur (tertipu) dengan kekuatan sendiri bila terlalu ghairah.
Ekoran kejayaan menafikan majoriti dua pertiga BN dalam pilihan raya umum lalu, timbullah keghairahan luar biasa pakatan pembangkang untuk meneruskan kemaraan.
Entah siapa yang memulakan, tiba-tiba muncul dakwaan bahawa ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak akan melompat beramai-ramai menyertai pakatan pembangkang, yang kemudian dinamai Pakatan Rakyat.
Dari desas-desus ia kemudian bertukar kepada agenda politik. “Kami dah cukup bilangan ..,” menjadi ungkapan politik yang dijaja sejak berbulan.
Di sebalik keghairahan tersebut, timbul persoalan jika benar ’sudah cukup bilangan’ bijakkah strategi menjaja perkara tersebut saban waktu, sedangkan BN masih berkuasa?
Mereka boleh guna senjata ugut atau habuan kebendaan. Mereka mampu buat apa saja untuk melindungi ahli Parlimen dari melompat.
Presiden PAS, Dato? Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan pendokong perjuangan Islam supaya tidak terlalu ghairah hendak berkuasa sehingga lupa matlamat perjuangan.
Katanya, adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli supaya konsisten dengan dasar perjuangan yang berlandaskanIslam dalam apa jua keadaan.
Di awal perjuangan Rasululah s.a.w., baginda pernah ditawarkan untuk menjadi penguasa Makkah tetapi ditolaknya. Para ilmuan Islam menghuraikan sebab-sebab penolakan tersebut.
Apa pun hujah terhadap penolakan tersebut, sirah memberitahu bahawa bukan sikap Islam untuk asal saja peluang berkuasa terhidang, membujur lalu melintang patah. Ada perkiraan yang yang perlu diambil kira.
Antara perkiraannya dasar perjuangan yang perlu didahului sebelum berkuasa. Bukan berkuasa dahulu, dasar kita fikir kemudian.
“Anta mudah cakap macam tu sebab tak jadi ahli Parlimen. Kalau jadi ahli Parlimen anta pun siang malam dok fikir nak jadi menteri..,? ujar Adnan Saad, bekas Ketua Pemuda PAS Kedah sambil ketawa terbahak-bahak.
Gurauannya agak kasar. Ahli Parlimen kita tidak seburuk itu.
Ahmad Lutfi Othman menulis perihal perlunya kepimpinan PAS tidak menjarakkan diri dengan Dato’ Seri Anwar, di saat percaturan kuasa dilakukan.
Dalam Pakatan Rakyat tiada siapa yang dominan. Semua saling bergantung. Masing-masing boleh letak harga. Harga bagi PAS ialah Islamnya.