tag:blogger.com,1999:blog-14641322957866033952024-03-12T22:27:06.952-07:00zubairyPerjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini....Zubairyhttp://www.blogger.com/profile/03440651484613811376noreply@blogger.comBlogger5125tag:blogger.com,1999:blog-1464132295786603395.post-62187887450342882582008-10-11T08:16:00.000-07:002008-10-11T08:26:08.879-07:00

Terima Akalkah Datuk Shah Rukh Khan?

Ada satu kalimat yang orang Melaka akan guna kadang-kala bila sesuai pada tempatnya:Lahabau!

MELAKA 10 Okt. - Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok.Dengan penganugerahan darjah DMSM itu, Shah Rukh Khan akan bergelar Datuk.- Utusan.
Zubairyhttp://www.blogger.com/profile/03440651484613811376noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1464132295786603395.post-8758059661724780472008-10-02T07:39:00.000-07:002008-10-02T07:46:00.313-07:00Ghairah dan ghurur dalam politik
Satu artikel yang menarik untuk kita menghimbau kembali kegagalan dan kejayaan Pas Kedah yang selayaknya dijadikan iktibar . Sangat tertarik dengan ayat terakhir penulisan ini iaitu, “Harga bagi PAS ialah Islamnya”

Oleh Zulkifli Yahaya
Berbekalkan kemenangan 12 kerusi Dun pada pilihan raya umum 1999, PAS merasai mendapat kekuatan luar biasa di negeri Kedah.
Jabatan Pilihan Raya Negeri kemudian merancang satuagenda lebih besar iaitu melancarkan Tahun Tawan Kedah 2003.
Ia diperbaharui pada tahun 2004 apabila pilihan raya tidak diadakan pada tahun 2003. Misinya digahkan dalam slogan yang dicanangkan ke seluruh negeri.
Selepas kalah teruk pada pilihan raya umum 2004, masing-masing baru menyedari bahawa keghairahan mencanangkan misi dan visi adalah satu kesilapan dalam berdepan dengan BN yangmasih berkuasa.
Kuasa dan BN hampir sinonim. Macam nyawa dan badan. Takutnya BN padakehilangan kuasa macam takutnya manusia hilang nyawa.
Ancaman ‘Tahun Tawan Kedah 2004′ benar-benar menggoncang tangkai jantung BN, lantas pelbagaiagenda dilaksanakan bagi menggagalkan hasrat PAS. Sementelahan mereka ada kuasa dan wang. By crook or by hook BN mesti terus berkuasa.
Tabiat manusia, apabila terlalu ghairah maka tindakan yang diambil mengetepikan kerasionalan. Mereka lupa antara strategi yang perlu disembunyikan dan perkara yang wajar didedahkan.
Kesilapan seperti ini juga pernah berlaku pada BN. Pilihan raya kecil Lunas 2001, Ketua Pemuda BN mengumumkan strategi mereka untuk memenangkan calon BN.
Dato’ Seri Hishamudin Tun Hussein menjelaskan bahawa jentera Pemuda BN akan turun menemui setiap orang pengundi muda bagi menyampaikan mesej mereka.
Kelakarnya, selepas membuat pengumuman tersebut Hishamudin cabut ke luar negeri untuk bercuti.
Pihak lawan yang mendengar strategi BN itu lalu mengambil langkah mengatasinya. Barisan Alternatif (waktu itu) mengatur tindak balas dengan ‘turut’ menemui setiap orang pengundi muda bagi menyampaikan mesej.
Walhal BN yang mendedahkan strategi tadi, tidak pun melakukan seperti yang diumumkan. Keputusannya BN kalah.
Pilihan raya kecil Pendang/Anak Bukit adalah iktibar anugerah Allah yang paling baik untukdikenang oleh pejuang Islam khususnya.
PAS meletakkan harapan 50-50 untuk menang di AnakBukit selepas melihat saingan sengit dibuat oleh BN di situ. Selepas ikhtiar, pergantungan selebihnya adalah terhadap Allah SWT.
Di Pendang, ada yang sudah menjentik kerongkong menghitung majoriti yang bakal diperolehi oleh PAS.
Hasilnya, PAS menang di Anak Bukit dan tewas di Pendang dengan majoriti 283 undi. Sekali lagi tabiat manusia memperlihatkan bahawa kita tawaduk bila merasa diri tidak terlalu kuat lalu mengalih pergantungan kepada Allah dan menjadi ghurur (tertipu) dengan kekuatan sendiri bila terlalu ghairah.
Ekoran kejayaan menafikan majoriti dua pertiga BN dalam pilihan raya umum lalu, timbullah keghairahan luar biasa pakatan pembangkang untuk meneruskan kemaraan.
Entah siapa yang memulakan, tiba-tiba muncul dakwaan bahawa ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak akan melompat beramai-ramai menyertai pakatan pembangkang, yang kemudian dinamai Pakatan Rakyat.
Dari desas-desus ia kemudian bertukar kepada agenda politik. “Kami dah cukup bilangan ..,” menjadi ungkapan politik yang dijaja sejak berbulan.
Di sebalik keghairahan tersebut, timbul persoalan jika benar ’sudah cukup bilangan’ bijakkah strategi menjaja perkara tersebut saban waktu, sedangkan BN masih berkuasa?
Mereka boleh guna senjata ugut atau habuan kebendaan. Mereka mampu buat apa saja untuk melindungi ahli Parlimen dari melompat.
Presiden PAS, Dato? Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan pendokong perjuangan Islam supaya tidak terlalu ghairah hendak berkuasa sehingga lupa matlamat perjuangan.
Katanya, adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli supaya konsisten dengan dasar perjuangan yang berlandaskanIslam dalam apa jua keadaan.
Di awal perjuangan Rasululah s.a.w., baginda pernah ditawarkan untuk menjadi penguasa Makkah tetapi ditolaknya. Para ilmuan Islam menghuraikan sebab-sebab penolakan tersebut.
Apa pun hujah terhadap penolakan tersebut, sirah memberitahu bahawa bukan sikap Islam untuk asal saja peluang berkuasa terhidang, membujur lalu melintang patah. Ada perkiraan yang yang perlu diambil kira.
Antara perkiraannya dasar perjuangan yang perlu didahului sebelum berkuasa. Bukan berkuasa dahulu, dasar kita fikir kemudian.
“Anta mudah cakap macam tu sebab tak jadi ahli Parlimen. Kalau jadi ahli Parlimen anta pun siang malam dok fikir nak jadi menteri..,? ujar Adnan Saad, bekas Ketua Pemuda PAS Kedah sambil ketawa terbahak-bahak.
Gurauannya agak kasar. Ahli Parlimen kita tidak seburuk itu.
Ahmad Lutfi Othman menulis perihal perlunya kepimpinan PAS tidak menjarakkan diri dengan Dato’ Seri Anwar, di saat percaturan kuasa dilakukan.
Dalam Pakatan Rakyat tiada siapa yang dominan. Semua saling bergantung. Masing-masing boleh letak harga. Harga bagi PAS ialah Islamnya.Zubairyhttp://www.blogger.com/profile/03440651484613811376noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1464132295786603395.post-44364911270799135072008-09-30T13:51:00.000-07:002008-09-30T14:06:57.553-07:00
ADAB MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta‘ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan ‘Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta‘ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara‘ dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan.

Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.

Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya?

Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara‘ untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, melakukan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.

1. Berdoa di malam raya

Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban.

Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.

2. Bertakbir Sepanjang Malam sehingga sebelum Solat Sunat Aidilfitri

Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.

Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan ‘Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."(Surah Al-Baqarah : 185)

3. Mandi Sunat Aidilfitri

Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

4. Memakai Pakaian yang Terbaik, menghilangkan bau yang tidak elok

Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:

Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya."(Hadits riwayat Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi)

5. Makan terlebih dahulu (seeolk-eloknya makan kurma dalam bilangan ganjil)

Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya: "Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil."(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

6. Mengucapkan tahniah

Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan:

Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak."Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi‘en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain:

Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak.

"Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari‘atkan di dalam Islam.

Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang dii‘timadkan.(Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)

7. Ziarah menziarahi

Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.

Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata:

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu‘ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam!" Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: "Biarkan mereka berdua itu." Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: "Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita."(Hadits riwayat Al-Bukhari)

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu ke dalam rumah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan seolah-olah Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ke dalam rumah Baginda.(Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)

Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.

8. Tetap menjaga disiplin sebagai seorang Islam yang beriman

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta‘ala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.

Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri.

petikan daripada tranungkite.net
Zubairyhttp://www.blogger.com/profile/03440651484613811376noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1464132295786603395.post-10272202502024624482008-09-30T13:41:00.000-07:002008-09-30T13:45:45.024-07:00

Zubairyhttp://www.blogger.com/profile/03440651484613811376noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1464132295786603395.post-50707840425374802422008-09-30T11:57:00.000-07:002008-09-30T12:40:16.644-07:00Blog ini bertujuan mengajak anda untuk sama-sama membuka minda perihal apa sahaja samada tentang agama islam,gerakan islam dimalaysia , cabaran2 semasa pemuda islam dan situasi terkini ataupun yang berkait dengan sesuatu, samada ciptaan Allah atau manusia yang boleh dijadikan iktibar dalam mengharungi kehidupan di dunia yang sementara dan penuh cabaran ini.
Anda disarankan agar dapat menghebahkan blog ini kepada rakan-rakan anda yang lain supaya mereka juga mendapat manfaat sebagaimana anda. InsyaAllah ganjaran pahala yang berpanjangan akan diberikan oleh Allah di atas keikhlasan anda itu.
Akhukum fil islam Mohd ZubairyZubairyhttp://www.blogger.com/profile/03440651484613811376noreply@blogger.com1